http://chocolatecintastory.blogspot.com/

Monday, 17 February 2014

# Kekasih Abadi #

Assalamualaikum...
Entry pasal kali nih adalah pasal lagu...hehhehe..Padahal baru aje dengar lagu nih tadi...
tetibe aje nak  update pasal lagu nih...sedap plak lagu dia..lagu Kekasih Abadi by Yusry Kru feat Lisa Surihani...



# Lirik Lagu Kekasih Abadi #


Verse 1

Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh, kau hiasi dunia
Syukur kerna Dia Mendengar
Doa-doaku…..oh
Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba
Menjadi nyata….oh

Chorus
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah kau memeluk angan
Kini kau ada erat didalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi

Verse 2

Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambilah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana
Hidup tanpamu …oh
Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Disana kasih kita bersemadi

Chorus 2
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah kau memeluk angan
Kini kau ada erat didalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi

So kalau korang rasa nak dengar lagu nih boleh klik link nih http://www.youtube.com/watch?v=0xiLzTZ36FA
selamat mendengar ye kawan-kawan..Hope u all pun suke lagu nih...



Sunday, 16 February 2014

* Review tentang Minyak Bio Oil *

Assalamualaikum...Hari nih fatin nak share tentang Kebaikan Minyak Bio Oil. Mula- mula dulu tak tahu pun khasiat minyak Bio Oil, but lpas wat some research dekat En. Google...Last2 dapat laa info tentang minyak nih...


Minyak Bio Oil nih bukan sahaja boleh memudarkan dan menghilangkan parut tetapi boleh juga digunakan sebagai solekan. Alhamdulillah parut lama sudah semakin pudar n kulit pula sudah semakin glowing..hahhaaha..

 eh berbalik kepada entry fatin yang sebenarnya...nak share kat korang tentang Khasiat Minyak Bio Oil nih...

# Khasiat Minyak Bio Oil #

  • Memudarkan Parut
  • Mengurangkan Bekas Kulit Terenggang
  • Menyekatakan tona warna kulit
  • Mengurangkan penuaan kulit
  • Mengurangkan masalah kulit kering

 # Keistimewaan Minyak Bio Oil #

  • Hasilnya telah terbukti secara klinikal
  • Mengandungi Vitamin A dan E yang baik untuk kulit
  • Tidak berminyak dan cepat diserap oleh kulit
  • Sangat sesuai untuk kulit yang sensitif (hehehhe..macam saya)

Zaman sekarang bukan wanita sahaja yang mahu memiliki kulit yang cantik tanpa cela tetapi lelaki juga sangat mementingkan penampilan diri dan berusaha untuk tampil dengan lebih berkeyakinan melalui produk penjagaan kulit....

* I LOVE MY BIO OIL *

-Selamat Mencuba -

" Pertolongan Allah mungkin tidak datang terlalu cepat, tidak juga terlalu lambat... Tetapi pertolongan Allah selalu datang di saat yang tepat "



Friday, 14 February 2014

Selepas Drama ‘Ariana Rose’ yang melabuhkan tirai pada 13 Februari yang lalu, nantikan drama bersiri terbaru yang berjudul JIKA ITU TAKDIRKU bakal menyusul 17 Februari nih..huhu..tak sabar rasanya nak tengok drama nih...harap- harap lorh best macam drama " Ariana Rose " tuh..



 # Di bintangi oleh #

Intan Ladyana, Shah Iskandar, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Arash Mohd, Jasmin Hamid, Azwan Kombos.
 bermula 17 Februari 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.

 # Sinopsis of the Story #

JIKA ITU TAKDIRKU mengisahkan tentang Hakimi (Shah Iskandar) yang disahkan menghidap amnesia selepas kemalangan jalan raya pada enam tahun yang lepas.

Hakimi sangat rapat dengan Dr. Hamza (Arash Mohd) yang merawatnya. Suatu hari, apabila Dr Hamza menjemput Hakimi makan malam di rumahnya, Hakimi tertarik dengan gambar anak Dr Hamza iaitu Umairah (Intan Ladyana) yang juga seorang doktor.

Walaupun Hakimi tidak mempunyai sebarang ingatan tentang Umairah, namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza dan isterinya, Puan Zainah menerima baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi.

Akhirnya, Umairah bersetuju kerana dia masih menyayangi Hakimi dan mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada 7 tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya.

Hakimi terserempak dengan Azri (Shukri Yahaya), seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.

Hakimi merayu supaya Umairah memaafkannya dan memberikan peluang untuk menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi.

Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah?

Nih laa serba sedikit sinopsis tentang drama yang bakal di tayangkan ini.. So kalau korang sume nak tahu apa yang terjadi, jangan lupa menyaksikan drama ini pada 17 Februari 2014 nanti.




Wednesday, 12 February 2014

* Spend Time Together *

Assalamualaikum..Hari nih penat berjalan-jalan with my BFF...hehehe..Sebenarnya sebelum nih kiteorang just rancang nak jumpe dekat Warung Hj Dollah tuh aje..Maklum laa cutii sem nih aje laa kiteorang bole jumpe...sbb kiteorang dari universiti yang berbeza...hehee..Nak berjalan jauh pun kenderaan tiada...So ntah macam mana tiba-tiba kami decide untuk pergi satu tempat nih...Walaupun duk kat Batu Pahat tapi kiteorang tak pernah langsung pergi tempat nih...



Welcome To Tropical Village Mini World Theme Park

masa sampai sini cuaca memang panas yang amat...hehhe..nasib la bole bawak masuk kete kat dalam nih jadi tak ada laaa penat dan panas sangat...

Pemandangan kat sini memang cantik laa..tapi aku pelik kenapa tak ramai pengunjung kat sini.maybe bayaran tiket mahal atau pun...time kiteorang pergi tuh bukan lah time cuty..hehehe

So hampir seharian kiteorang menghabiskan masa kat sini dengan snap gambar aje kejenyee...tapi walau apa pun memang best..bukan selalu dapat spend time macam nih dengan kawan kan...nanti bile masing2 daa balik U daa tak boleh nak spend time ag..

# Ini some of the picture that we take in this place... #





sebenarnya banyak lagi gambar yang kiteorang ambik..heheh...Bile dah habis berposing, so kami pun decide nak balik...Perut daa lapar plak tuh..ingat nak makan kat R&R aje..tapi boleh sesat plak sampai ke Parit Raja...Last2 berhenti dekat Batu Pahat Mall...n then p makan dekat KFC..


To my BFF... Thank sebab sudi spend time dengan aku...
-I LOVE YOU !!-

"Pertahankan dia yang setia bersama kita di saat kita dalam kesusahan, dan lupakan dia yang meninggalkan kita saat kita terjatuh"



Monday, 30 December 2013

Drama Ariana Rose

Assalamualaikum...

Entry kali nih adalah tentang drama yang bakal di tayangkan di TV3 Slot Akasia Terbaru yang bertajuk   " Ariana Rose ". Drama ini menggantikan slot " Playboy itu Suami aku"



Sinopsis Drama " Ariana Rose "

Drama " Ariana Rose" adalah drama yang diadaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin turut dibintangi oleh Nur Fathia sebagai Ariana Rose dan Keith Foo sebagai Tengku Adam Kamil.

Ia mengisahkan "Ariana Rose " yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tuning Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin denganTengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal .

Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengku Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil.

Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi “drama queen” dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuanTengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa, setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku.

Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka – sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan . Dari situlah pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam.

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam .Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz ,Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati.

Tengku Adam bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha dengan pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya. 

Some scene dalam " Ariana Rose "



 So selamat menonton ye u alls...

Sunday, 8 July 2012

jom layan novel terbaru dari alaf 21


SINOPSIS NOVEL
 
Ini adalah kisah dua hati yang tidak pernah serasi. Kisah dua jiwa yang tidak pernah bersatu. Bayangkan sahaja bagaimana, ‘harimau jadian’ yang habitatnya di Garisan Khatulistiwa bertemu dengan ‘penguin’ di kutub selatan? Natijahnya, wujud perang dunia ketiga di mana medan tempur tanpa senjata memporak-perandakan hidup mereka. Masing-masing dengan kepala dan karakter yang tersendiri.

Prinsip Fendi : Kutuk-mengutuk dan marah-marah itu cara dia mengurat dan mengeratkan ikatan dengan Fatin yang dirasakan tidaklah secantik mana, cuma gadis itu comel di pandangan mata.

Prinsip Fatin : Hidup mesti sempoi, relaks dan selamba tetapi dalam percintaan, dia memerlukan seorang lelaki romantis dan bertanggungjawab.

Zahirnya, Fendi dan Fatin memang tidak ‘ngam’ tetapi batin mereka sudah bersatu dalam diam. Namun, kehadiran Tengku Khalid sebagai pesaing membuatkan Fendi tidak keruan. Dia harus melamar Fatin, tetapi bagaimana caranya? Gadis itu memang sukar untuk didekati.

Fatin seorang yang ‘happy go lucky’ meskipun jadi buruan gengster ah long. Idea nakalnya muncul. Lelaki mana yang sanggup beri wang hantaran yang paling tinggi maka itulah suaminya. Maka wujudlah kaunter buka harga! Jadi, antara Tengku Khalid dan Fendi, siapa yang menjadi pilihan si penguin kutub selatan itu?