# Di bintangi oleh #
Intan Ladyana, Shah Iskandar, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Arash Mohd, Jasmin Hamid, Azwan Kombos.
bermula 17 Februari 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.
# Sinopsis of the Story #
JIKA ITU TAKDIRKU mengisahkan tentang Hakimi (Shah Iskandar)
yang disahkan menghidap amnesia selepas kemalangan jalan raya pada enam
tahun yang lepas.
Hakimi sangat rapat dengan Dr. Hamza (Arash Mohd) yang merawatnya.
Suatu hari, apabila Dr Hamza menjemput Hakimi makan malam di rumahnya,
Hakimi tertarik dengan gambar anak Dr Hamza iaitu Umairah (Intan Ladyana) yang juga seorang doktor.
Walaupun Hakimi tidak mempunyai sebarang
ingatan tentang Umairah, namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk
melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza dan isterinya, Puan Zainah menerima
baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana
hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan
sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya
mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu
juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu
hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi.
Akhirnya, Umairah bersetuju kerana dia masih menyayangi Hakimi dan
mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada 7
tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan
menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk
memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan
diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya.
Hakimi terserempak dengan Azri (Shukri Yahaya), seorang kawan lama
yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi
bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan
sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah
bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah
apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.
Hakimi merayu supaya Umairah memaafkannya dan memberikan peluang
untuk menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga
meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan
memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus
terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal
yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah
mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi.
Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung.
Bekas teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta
dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai
lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai
lama yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah?
Nih laa serba sedikit sinopsis tentang drama yang bakal di tayangkan ini.. So kalau korang sume nak tahu apa yang terjadi, jangan lupa menyaksikan drama ini pada 17 Februari 2014 nanti.

No comments:
Post a Comment