Ciri-ciri atau sifat pada seseorang wanita itu amat penting untuk si lelaki memilih anda sebagai calon isteri. Sifat wanita itu sendiri merupakan satu faktor seseorang lelaki itu jatuh cinta pada anda. Antara ciri-cirinya:-
* Bersopan santun *
-Wanita yang lemah lembut dan bersopan santun akan membuatkan lelaki cair melihat setiap pergerakan dan percakapan anda.
* Pandai Memasak *
Yang
ni adalah ciri-ciri yang paling penting sekali yang patut ada pada
wanita. Wanita yang pandai memasak mampu menguruskan rumah tangga dengan
lebih baik. Lelaki juga lebih tertarik dengan wanita yang pandai
memasak ni.
* Pembersih *
Wanita
yang pembersih ni menjadi kegilaan setiap lelaki yang kurang pembersih.
Ini kerana, semua kerja dirumah akan diuruskan oleh anda tanpa dipaksa
oleh si suami.
* Taat *
Wanita
perlulah taat dan tidak melawan setiap percakapan lelaki. Ada kalanya
melawan itu penting jika si jejaka mempelawanya untuk melakukan perkara
yang tidak senonoh dan terlarang.
* Bersifat keibuan *
Secara
jujur, lelaki lebih gemar pada wanita yang mempunyai sifat keibuan.
Sebagai contohnya, suka pada baby dan kanak-kanak, suka memujuk
kanak-kanak menangis, dan sebagainya. Kenapa? sejuk hati seorang lelaki
bila melihat anda peka terhadap alam rumahtangga walaupun anda belum
berumahtangga. Dan itu merupakan salah satu bonus buat anda yang
bersifat keibuan.
Lelaki
juga tidak pernah lari daripada masalah. Masalah yang dihadapi biasanya
akan dikongsi bersama dengan orang yang tersayang dengan harapan
sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dialami. Jika anda ingin
tunjukkan rasa simpati dan ambil berat anda, bagi peluang untuk dia
bercakap dan meluahkan perasaan dia. Jangan sesekali anda bangkang
mereka. Itu hanya memburukkan keadaan. Jika anda tidak speendapat
dengannya, jangan terus membangkang. Lelaki perlu dipuji dahulu beberapa
kali sebelum anda bangkang.
Lelaki lebih gemar seorang wanita yang kuat semangat dan tidak bergantung pada lelaki. Kadang-kadang sesetengah wanita terlampau manja untuk meminta pertolongan lelaki sedangkan perkara itu mampu mereka lakukan sendiri. Pada awalnya,mungkin lelaki akan tahan kerana cinta, namun jika ia berlarutan, lelaki itu akan merasa rimas yang terlampau dan merasakan wanita itu gedik dan ambil kesempatan. Jadi, wanita boleh meminta tolong lelaki jika betul-betul tidak mampu dan bukannya untuk mengambil kesempatan.
* Sentiasa berterus terang dan tidak hipokrit.*
Sama
seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang terus terang dan tidak
hipokrit. Jangan terlampau sempurna di hadapan lelaki semata-mata untuk
menutup kelemahan anda. Lelaki mencintai anda seadanya dan boleh
menerima kelemahan anda. Sentiasa berterus terang tentang sikap anda
yang sebenar. Hal ini lebih disenangi lelaki.
" Cantik wanita itu adalah kerana kejernihan wajahnya.
Manis wanita itu pula adalah kerana senyuman nya yang indah
Ayu wanita adalah kerana kesederhanaan lahiriah nya
Hebat seorang wanita adalah apabila dia mempunyai keimanan yang teguh"
No comments:
Post a Comment